3G Untuk Bisnes F&B

Ramai yang bertanya macam mana prestasi bisnes sepanjang tempoh pandemik Covid-19. Okay ke, surviving ke, lingkup ke?

Jawapan mudah saya sebagai pemilik bisnes F&B Doplohtiga,

Siapa yang dapat adapt dengan situasi semasa, dia pasti berjaya.

Bisnes dan adaptability tak dapat dipisahkan. Siapa yang pandai adapt kepada situasi semasa, dia pasti boleh keluar dari kekusutan semasa sebagai pemenang.

Berikut adalah tips untuk bisnes F&B diluar sana. Tak kira lah untuk yang masih baru, dah lama, ataupun baru berkira kira utk kick start bisnes anda.

Ini hanyalah pendapat peribadi. Nak ikut boleh, tak nak ikut tak mengapa. Saya hanya ingin kongsikan pengalaman yang sedikit ini sebagai player baru dalam F&B dan alhamdulillah, walaupun dilanda wabak Covid dan PKP, bisnes kami masih dapat jualan seperti biasa.

Berikut 3G yang saya amalkan dalam bisnes kami :

Pertama, good product.

Yang ni tak dinafikan, rata rata bisnes yang sedia ada semestinya bermula dari produk yang bagus. Cabarannya, macam mana hendak pastikan kualiti good product itu supaya senantiasa terkawal.

Haa, itu ulasan untuk post yang akan datang.

Kedua, good service.

Produk dah bagus dan sedap, itu memang dah cukup baik. Nak lagi padu, kenalah disulam dengan servis yang tip top. Customers experience benda paling utama untuk sukat kadar kejayaan servis anda.

Buat yang tiada khidmat dine in atau kedai fizikal, cara anda melayan customer di alam maya mencorakkan kepuasan pelanggan berinteraksi bersama anda.

Ketiga, gimmick.

In simple terms, gimmick ni macam X-Factor yang membuatkan bisnes anda stand out dari pesaing yang lain.

Kebanyakan bisnes memang dah tip top pada produk dan servis, gimmick pula tiada.

Cuba anda bayangkan, dalam lambakan produk di pasaran hari ini, anda mempunyai that edge yang membuatkan orang tertarik nak cuba produk anda. Kebarangkalian untuk dia cuba tu tinggi tak?

Jawapan itu ada untuk mereka yang berfikir.

Akhirul kalam, ingat 3G.
Good produk. Good service. Gimmick.

Semoga bermanfaat

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
Scroll to Top