Apakah Perkara Pertama yang terlintas dalam fikiran anda, selepas tempoh PKP dilonggarkan?
Dalam fikiran bikers hanya satu; TO RIDE AGAIN
Keinginan untuk ride yang membuak buak dek hampir 3 bulan terperuk di rumah. Bukan senang bila setiap pergerakan kita terbatas. Setiap tingkah laku kita direkod.
Demi kerinduan kepada rakan seperjuangan sukan permotoran kustom, idea untuk menganjurkan acara lamaxride serentak 20 buah bandar terilham. Dijayakan oleh Art Of Speed Malaysia. Syabas. Aku boleh katakan acara mencatat status sukses dan membuktikan bahawa jiwa kita sama, jiwa dua roda.
Bermula dari Riders Garage, Bandar Sunway, menuju ke Doplohtiga, Titiwangsa untuk destinasi pertama. Kehadiran mereka menggegarkan Taman Tasik Titiwangsa. Misi Pertama, mencekik the best burgers in town. Komrad bikers memenuhi setiap ruangan kosong. Motosikal custom tersusun berderet. Wajah yang lama tak berjumpa, bersua kembali. Keluar semua cerita. Keluar semua perangai. Gegak gempita!
Deruman enjin, ngauman ekzos, jaket kulit and burgers, sounds about right. 🤙🏾
Bikes and burgers, you know where to find us.